¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿

Wednesday, October 24, 2012

Aku anak tunggal


ANAK TUNGGAL


bila aku tanya kengkawan aku kan... yang ramai adek beradek... ramai jugak yang nak jadi anak tunggal. ramai yang anggap seronok jadi anak tunggal ni. yelah. korang lah the King. korang lah anak emas, intan payung bucuk2 mama sorang. anak tunggal akan jadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang mak ayah. #obviously. 

cambest je ek? takyah susah2 berebut dengan sesape. takyah sebok2 nak kongsi bilik tidur dengan kak/abang/adik. pilihan kat tangan kau, keputusan pon kat tangan kau. segala keistimewaan hak2 seorang anak sulong dan seorang bongsu kau dapat. apa lagi mao~ hehe. dari sudut hubungan dengan parents, aku tak nafikan bahawa hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. boleh nampak la, anak-mak-ayah saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan. oh terharuuu~~


Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

Sering merasakan diri mereka kesunyian.
hmm... ini... sebenarnya subjektif. tapi... berdasarkan pengalaman, wlopon aku ada kak sorang, tapii sebabkan jarak umor kitorang jaoh... so memang aku membesar sensorang la jugak. macam tunggal la kiranya. 

sunyi beb. siyes... especially when it comes to the part where you have to tell your friends about your family, your siblings etc... nothing much can be talked about. hehe. orang laen ada adek beradek, bleh buat gadoh, bleh jadi punchbag, bleh pillow2 talk... tapi anak tunggal nak gado dengan sape? nak cakap dengan sape? dinding? dapur gas? haha... kalo main toys pon, sensorang je lah kot. maybe sebab tu daya imaginasi dan penaakulan anak2 tunggal dan/atau anak2 yang membesar macam anak tunggal ni tinggi kot. hihi ^^

Lebih berkeyakinan sebab dah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
well, you know... jadi anak tunggal ni samadengan jadi anak emas. lagi grand dari anak bongsu, hokaaayy! korang nak apa? cakap je. before korang sempat pikir samada patot or tak patot mintak benda tu, korang dah dapat. hahaha. dah la tu, tak payah nak sebok2 kongsi dengan orang. heaven must be like this! so dari situ korang akan rasa kondifen yang extravagant. meriah uolls! cumanya... bila korang tak capai or dapat seperti apa yang korang kondifenkan tu.... jem teruk la jawabnye. maklumlah~ tak biasa dengan kegagalan...

Lebih bijak bergaul.
pengalaman membesar seperti anak tunggal membuatkan aku bersetuju dengan point nih. sebab? gua tau la beb... haha. anak tunggal takde adek beradek, tapi jiwa nak berkawan tu normal macam budak2 laen. jadi... solutionnya? ko nak berkawan, ko kena la pegi cari kawan! sebab tu anak2 tunggal ni kalo korang perhatikan, dorang memang ramai kawan. siyes dorang pandai buat member. campak ke hutan pon, biar seminggu je dah bleh jadi tarzan or george of the jungle. so takde istilah #foreveralone ye! hee.. itulah anugerah yang Tuhan bagi kat dorang atas kekurangan yang dorang dapat. Tuhan kan maha adil. =)

tapi, kalo korang perasan jugak... anak2 tunggal meriah berkawan, tapi bila dengan relatives, ahli keluarga... dorang macam kureng sket. aku pon tak pasti kenapa. erk... jangan tengok aku semacam plak... zzz...

Lebih cepat matang.
anak tunggal mewarisi segala ciri2 genetik dan personaliti anak2 sulong, tengah, bongsu. so macam korang buat milo tin, bancuh dengan susu pekat, masuk gula ke sikit... rasa akan berbeda dengan korang bancuh milo paket 3 in 1. yang paket tu cukup rasa dah! tambah air je. haa.. itu lah anak tunggal! perfect! hahaha.

dorang ni biasanya cepat matang disebabkan pergaulan. anak tunggal kawan dengan hampir semua orang. semua peringkat umur. dorang takde nak bias2 sangat... "eh kau anak sulong? eii, tak taste...dah tua. eh kau anak tengah? kesian kau.. *facepalm*. kau bongsu ek? gi mati... manja lebeyh ngalahkan aku..." hikhikhik. anak tunggal jugak mudah menerima dan diterima oleh orang2 yang lebih dewasa, disebabkan keupayaan dorang menyesuaikan diri dengan keadaan. untung laaa... ^^

Terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
bila balek kampong, kalau boleh tu... nak tido sekali dengan mak/ayah. padahal ada je suami kat bilek sebelah. hihi. anak tunggal ni takde orang laen dah yang lebih rapat dengan dia melainkan mak ayah. so sebab tu la ikatan antara dorang ketat. dari kecik dok bawah ketiak mak... besor2 pon nak dok bawah ketiak mak jugak. pedulikkan jiran nak kata apa. anak dia ramai, tapi sorang pon tak balek jenguk kat kampung. acane? ini yang anak sorang je ni... paling koman sebulan sekali wojib balek makan nasik kat kampung. kau hado? haha

Sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
almaklum lah... dah selalu menang je kan. tak pernah kalah... bila dicabar mulalah melatah. bukan tak bleyh tolerate... cuma payah sikit nak dengar cakap orang. hehe... bagi yang kawen dengan anak tunggal, bawak2 la bersabar ye. tapi korang jangan taktau... anak tunggal ni sebenornye manja oooo. kalo kena gayanye, segala kehendak keperluan kemahuan korang akan dituruti. sumpah, untung la korang. siyes. ^^

2 comments:

  1. SY ADE spupu ank tunggal gak.wahhh hebat smua dia mintak smua dpt... bangge sungguh tgk dia :)

    ReplyDelete
  2. :)
    mmg ank tunggal ni beruntung ap dia nk dpt, nk bt pape bole..
    tp dia senang waktu kecik.. ssh waktu besar...
    adk bradk ramai lak ssh waktu kecik senang waktu besar..

    ReplyDelete